Make your own free website on Tripod.com

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG JAWA, KLANG

SEJARAH SEKOLAH

MUKA DEPAN
GURU BESAR
SEJARAH SEKOLAH
PIBG
LOKASI
WARGA
KEMUDAHAN
PENCAPAIAN
TAKWIM
BANK SOALAN
BULETIN
WEB MASTER

gblama.jpg

DARI KIRI : PUAN HAJAH SAMIAH BT. HAJI BASIRAN, ENCIK ABDUL AZIZ B. SAIDIN, PUAN JURIAH BT. MD HASAN DAN TUAN HAJI JAAFAR B. KARIM.PJK.

sejarah.jpg

SENARAI NAMA GURU BESAR

1. TUAN HAJI JAAFAR B. KARIM.PJK
(1994-2000)

2. PUAN JURIAH BT. MD HASSAN
(2000-2003)

3. ENCIK ABDUL AZIZ B. SAIDIN
(2004)

4. PUAN HAJAH SAMIAH BT. BASIRIN
(2004- )

SEJARAH SEKOLAH
Sekolah Kebangsaan Kampung Jawa, Klang mula dibina pada awal tahun 1994. Sekolah ini siap dibina dan mula beroperasi pada 4 DISEMBER 1994. Pentadbiran awal adalah di bawah pentadbiran Encik Mohd Jaafar b. Karim(PJK) sebagai Guru Besar SK Kampung Jawa, Klang. Encik Mohammad Razali b. Mean sebagai GPK 1, Puan Hajah Shahirah bt Haji Kassim sebagai GPK HEM, Encik Kamarul Zahri b. Haji Abdul Manaf sebagai GPK KK.
Penyerahan sekolah secara sah kepada pihak pentadbir dijalankan pada 13 MAC 1996. Dalam majlis ini pihak JKR serta pihak Jabatan Pendidikan Negeri memberikan kuasa sepenuhnya kepada pihak pentadbir untuk mengurus dan mentadbir sekolah ini.
Pada permulaan sekolah beroperasi, kelas yang dibuka ialah sebanyak 15 buah iaitu dari Tahun 1 hingga Tahun 5 sahaja.Oleh kerana murid Tahun 6 tiada, maka pada tahun tersebut murid sekolah ini tidak menduduki peperiksaan UPSR. Seramai 567 orang murid yang mendaftar pada sesi 1995/1996. Pada tahun 1997 pula bilangan murid telah meningkat menjadi 780 orang murid. Tahun 1998 telah menampakkan satu perubahan mendadak di mana murid sekolah ini telah bertambah menjadi 1093 orang murid dan seterusnya sekolah ini dinaikkan ke sekolah gred A. Pada Tahun 2002 murid sekolah ini mencapai bilangan sebanyak 1440 namun demikian, sehingga 28 FEBRUARI 2003 bilangan murid sekolah ini adalah seramai 1418. Penurunan jumlah murid pada tahun 2003 adalah kerana faktor perpindahan murid ke SK Kampung Jawa 2, Klang.
Pada tahun 1997 , murid Tahun 6 sekolah ini telah menduduki peperiksaan UPSR. Seramai tiga orang murid telah mendapat keputusan cemerlang 5A.
Pada 13 JUN 2000 Guru Besar pertama Encik Mohd Jaafar b. Karim (PJK) telah bersara dan satu majlis yang gilang-gemilang telah diadakan bagi mengingati jasa-jasa beliau.

webmaster : aspiyaan06